
Home About Me Links Blogskins Facebook | |
|
tiada tempat, hanya tangisan peneman setia....
Saturday, January 21, 2012 | 7:01 AM | 0 Comment(s)
kita sering dikelilingin kawan yang rapat dan baik belaka, yang sudah mengenali kita terlalu lama... kita bersama walaupun susah.... tetapi..... apa yang berlaku apabila kita tercampak ke tempat yang jauh dari keluarga dan kawan-kawan... tempat yang kita tidak mengenali sesiapa??? tidak tempat untuk melepaskan tangisan??? tangisan terpaksa ditelan walaupun rasanya tidak sesedap ayam goreng.... :'( hari pertama: sampai di pintu pagar sekolah, hati mula berdebar-debar.... sampai dekat tapak perhimpunan, semua nampak macam dah ada kawan sahaja... Nasib baik ada kakak senior yang sudi tujukkan barisan... Cuba cakap-cakap dengan kawan-kawan sebelah, tapi semua macam tidak ada yang tersangkut pulak...(jadi kawan) lepas itu, pergi la mendaftar koko, duduk belakang sekali, sorang-sorang.... Nasib baiklah pelajar kelas tidak naik kelas lagi.... masa masuk kelas, dapat la duduk dengan kawan... tapi cikgu suruh susun meja, tiba-tiba meja saya tinggal satu je kat tengah-tengah, semua dah ada kawan, dalam hati takut je kalau duduk seorang... nasib baiklah dapat duduk dengan kawan... waktu itu tahan lagi... lepas itu pergi rehat, bawaklah buku tekx yag banyak itu sorang-sorang, jalan ke kantin sorang-sorang, makan sorang... memang masa itu tidak lalu la nak makan... tahan lagi.... beg letak la dekat tepi tiang itu, satu-satunya beg letak kat situ, dengan buku tekx yang banyak itu.... tidak lama kemudian, semua orang dah tak ada dekat kantin... turun la tangga pergi dewan sorang-sorang, tanya sorang mamat ni, dalam dewan itu, form 4 ke?? mamat itu angguk... nampak banyak sangat beg kat tepi dinding, masa nak letak beg itu, ada la antara mamat tadi langgar, bila pusing belakang, mamat itu main jalan je.... ada sorang lagi mamat ini cakap yang kat sini semua beg pelajar lelaki, beg pompuan at sana... masuklah dewan itu dengan buku yang banyak, letak beg, dan duduk belakang sekali, sorang-sorang.... tahan lagi...cikgu suruh buat kumpulan, dan saya tidak ada kumpulan lagi, saya masuk kumpulan tiga, diowang pun okey la... waktu balik turun surau, guna la satu jalan ini... dahan pokok kayu itu rendah, tapi nipis la, orang depan tolak dahan pokok itu dan lepaskan apabila dah melepasinya, saya yang dekat belakang ini terhantuk dahan pokok itu, tahan lagi..... masa pertandingan persembahan itu, kumpulan kiteorang paling teruk la.... -dah biasa- waktu akhir itu kiteorang buat bulatan, kakak senior nyanyi lagu yang berkait rapat dengan sahabat, terus menitis air mata ini, bila dah menitis dah tidak boleh nak berhenti la..... petang itu telefon mama, nagis-nagis la, cuba nak tahan tapi tak boleh..... sampai makan pun tak lalu, minum air kosong sahaja, nagis je la, hidung pun dah macam badut... tak ada tempat untuk melepaskannya, pada waktu itu tidak ada sesiapa tahu apa yang kita rasai melainkan Allah s.w.t dan diri sendiri....betapa pedihnya hati.... malam itu ada mesyuarat aras, bila dah bincang-bincang dan semua rakan-rakan dah balik dorm masing-masing, budak dorm saya sembang-sembang dan saya kenalkan diri... mula saat itu, detik itu, saya mula nampak dalam kegelapan ada cahaya persahabatan akan bermula.... :) doakanlah kehidupan saya diasrama baik-baik sahaja..... :) |
Welcome Bluely
![]() Hello, iam bluely, 10000 years old. iam blue addict. Hope you like my blog. *smile while reading my blog* Tagboard
![]() |